"MELAKAR JEJAK AKHIR ZAMAN" adalah sebuah projek bebas bagi menerbitkan siri DVD dokumentari filem yang berlandaskan  pendekatan secara ilmiah menggunakan seni kreatif dan media. Semua fakta dan pendapat akan dibentangkan secara analisa kritikal dengan tujuan mengupas serta mengenengahkan kebenaran sesuatu  isu dan ilmu sebenar dalam konteks islam dan eskatologi Islam   tanpa menghubungkaitkan dengan mana-mana individu, badan atau organisasi juga mana-mana pengaruh pemikiran, kepercayaan, fahaman dan aliran termasuk politik, Para pengurusan, penyelidek serta penerbit berhak menerima atau mengenepikan sesuatu isu, maklumat atau keterangan yang dipercayai palsu, bermaksud propaganda atau yang dimanipulasikan bagi memenuhi sesuatu agenda. Semuga para penonton mendapat manafaat ilmu yang sebaiknya melalui penerbitan video-video ini kelak dan dapat mengarahtujukan kehidupan masing-masing ke jalan yang sebaiknya. 
Siri ini merupakan pembentangan imbasan sejarah dan fakta dalam konteks Islam dan eskatologi yang dikupas secara analitikal dan kritikal dengan mengaitkan peristiwa dan isu semasa yang berlaku dalam dunia hari ini. Dengan petunjuk Al-Quran, Hadis serta kitab-kitab muktabar kita menelusuri jalan ini untuk mengambil petunjuk, iktibar serta pengetahuan dalam membentuk diri dan kehidupan masa depan yang terbaik untuk umat manusia.
© CENTRIC ASIA MEDIA SDN. BHD.
CENTRIC ASIA MEDIA SDN BHD
No 49, 1st Floor, Jalan Todak 4, Bandar Seberang Jaya,  13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang. Malaysia
TEL 04 399 3489 | FAX  04 399 3488   E-MAIL  info@centricasia.com